Wednesday 19 June 2013

biskut kesukaan my hubby

Dah lama x post something kat blog nie...hari nie aku nk post kat semua resepi biskut kesukaan my hubby cheese tart....mulanya aku mmg x pandai buat cheese tart nie...tp bila en suami dah suka so aku pn belajar buat...kalu nk beli selalu boleh botak kepala....ada yang jual sebiji rm1.20...size kecil ja pn...rasa mcm x berbaloi ja kalu beli selalu...so aku ambik keputusan tuk belajar buat kuih nie...mula2 tue rasa mcm susah jgak...tp bila dah dekat nk siap rupanya senang ja...x da la susah mna pn....y peliknya knapa dijual mahal...mgkin sb hrga cheese mahal kot....aku belajar buat cheese tart nie dengan merujuk resepi dr blog Dari Dapur Azita Zain....orang boleh mencuba...

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Biskut red pearl

Resepi Biskut Red Pearl

Bahan:
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes
50g coklat chips
25g almond nibs
1st esen vanila
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati
  2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu
  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper
  4. Sapukan kuning telur dan hias dengan ceri merah.
  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan 
Biskut nie aku dpat resepi dari blog biskut red pearl

keguguran kali pertama.....

Sedih...terkilan...sakit....semua aku rasai dalam sekelip mata sahaja selepas aku disahkan keguguran....hanya Allah saja yang mengetahui perasaan masa tue...terlalu berat ujian yang Kau berikan pada ku dan suami ku....tapi aku tahu....ada lgi hamba allah yang menerima ujian lebih berat dr aku....satu ja yang membuatkn aku kuat iaitu...ujian Allah beri pada umatNya setimpal dengan kemampuan umatNya....Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menempuh ujian tersebut.... Tanggal 16 April semuanya hancur berkecai....penantian selama 1 tahun 3 bulan pergi meninggalkan kami bersama doa....aku faham perasaan suami ku masa tue..dia benar2 kecewa...tp dia sembunyikan semua perasaan tersebut supaya aku tidak terlalu tertekan dan kecewa yang teramat sangat....Aku tidak tahu punca sebenar mengapa kandungan aku boleh gugur....mungkin punca utama rahimku tidak kuat....kedua mgkin badan aku terlalu letih cz bulan sebelum keguguran aku mmg sibuk dengan kelas mlm dan kerja pada hari minggu...
Semuanya bermula sehari selepas aku pulang dr terengganu lawatan tapak untuk family day jabatan aku tahun nie....Hari khamis ke terengganu...hari jumaat selepas solat jumaat aku mgalami bleeding tp xda la teruk...terus refer klinik yang dekat dengan umah aku....sabtu pg aku mengalami bleeding semula tp sikit sja...bila mlm aku rasa x sedap hati...masuk toilet tgk aku dah start bleeding smula...kuar ketulan darah beku agak besar...terdapat juga ketulan berwarna pink seperti isi daging...aku terus ke klinik al-razi..masa tue jam 22:30 mlm....dalam hati berdebar....perasaan takut menguasai diri....doktor refer aku ke hospital besar HTAA....doktor bri aku pilihan sama ada nk admit ward or nk balik umah...aku pilih balik umah...doktor pesan jika rasa badan panas dan pening2 serta kuar darah yang banyak dtg semula ke HTAA unit kecemasan....Ahad petang jam 16:15 ptg pinggang aku dah start sakit....mak ckp tue la tanda sakit org nk bersalin.....masa tue fikiran aku hanya pada janin......azan magrib di surau berkumandang aku di rumah terus keluar menuju ke HTAA...masa tue sakitnya hanya Allah sja yang tahu...rasa mcm pinggang nk putus pn ada....masa nie aku terasa besarnya pengorbanan mak mengandung dan menahan kesakitan semasa melahirkan aku..aku SAYANG MAK...besar jasa dan pengorbanan mak..di HTAA jam 21:45 mlm doktor sahkan aku keguguran....doktor telah mengeluarkan semua isi janin aku yang ada di dalam rahim....menitis air mata bila semua dah selesai dikelurkan... apa pn alhamdulillah la sb doktor x lakukan D&C....kalu x lagi teruk kena jaga....aku ditahan di hospital selama dua hari....mak dan ayah serta umi dan papa mertua ku dtg dr kampung...terharu aku....
Aku berpantang di rumah bawah jagaan suamiku selama dua minggu seterusnya aku berpantang di kampungku kebetulan mgu ttersebut mgundi PRU13...
Sekarang aku dah rasai pengalaman mengandung...walaupn x smpai 3 bulan aku mgandung tp aku dpt rasakan betapa besar sebenrnya pengorbanan seorang ibu yang mengandung selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan anak....aku dpt rasakan mcm mna sakit ketika hendak bersalin....bayangkan janinku yg hnya 5 mgu sja pn aku terasa sakit masa nk kelurkan dr rahim ini kan pulak bayi yang berada 9 bulan 10 hari di dalam kandungan nk keluar....mmg skit yang teramat la....berlipat2 kali ganda sakit drpd kesakitan kau alami semasa keguguran....
Doaku semoga aku dikurniakan semula rezeki cahaya mata....jika aku dikurniakan rezeki cahaya mata, mmg aku berjanji pada diri untuk menjaganya sebaik yang mungkin....sekarang hanya aku mampu berdoa dan bertawakal disamping berusaha untuk dikurniakan zuriat semula....
Ya Allah kurniakan kepadaku zuriat yang soleh dan solehah...zuriat yang dpat menjadi menyeri rumahtangga aku dan suami...serta zuriat yang dapat menjadi anak yang baik cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat...zuriat yang menghormati org tua dan keluarga....amin ya rab.....