Tuesday, 19 July 2011

luka y dalam

Hari nie rasa sedih sangat...rasa hidup nie x pnah nk bermakna...myusahkan semua org ja....kadang2 terfikir salah aku ka...aku dah cuba buat sehabis baik dah...tp nie ka balasan yang aku dpat diatas setiap kebaikan yang aku berikan....selama nie walau seberat mana pn aku terluka aku terasa hati x penah pun aku bersuara...tp knapa bila sesuatu berlaku semua nk menuding jari pada aku...salah aku ka...aku sedar selama nie aku siapa disisi mereka semua...tp nie kah balasan yang aku dapat......kalu aku tahu dr dulu benda mcm nie akan berlaku x akn aku bertahan sebelum nie...akan aku porak perandakan sejak dr awal...
Ya Allah ya tuhan ku...sesengguhnya aku nie hnya la hmba y lemah...hamba y kerdil...aku bnyak melakukan kesilapan...jika nie ujian yang terbaik kau berikan pada aku untuk aku sentiasa mengigati MU...aku akn terima dengan tabah...tp ya Allah sesungguhnya Kau kuatkan lah hati aku...kau tabahkan lah jiwa ini untuk menerima ujian dariMu....
Sekarang aku rasa diri nie betul2 lemah...x seperti apa y aku harapkan...aku x kuat ya Allah....bimbing lah aku...bantulah aku...Engkau sja la yang maha mengetahui setiap isi hatiku ini...peliharalah aku dr sebarang kemungkaran ya Allah...

Tuesday, 12 July 2011

Tips Dalam Berpasangan..

1. Beriman


Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu


Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis


Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.


4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda


Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi


Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??


6. Jangan merendahkan pasangan anda


Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?


7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi



Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?


8. Usahakan untuk selalu berada disisinya


Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .


9. Komunikasi


Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.


10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda


Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.


11. Jujurlah selalu


Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

44 pantang larang bakal pengantin

kpd kengkawan yg bakal menjadi pengantin tk lama lg and yg merancang
untuk kawin tk lama lg....untuk renungan bersama.... 44 pantang larang bakal pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat

Petua untuk suami dan bakal suami....

Bahagian 3

1. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.

2. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

3. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

4. Belai isteri sebelum pergi kerja.

5. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

6. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.

7. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

8. Lakukan riadhah bersama isteri.

9. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala. 1

0. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

11. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

12. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

13. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

14. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

15. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

Petua untuk suami dan bakal suami....

Bahagian 2

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

6. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.

9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai.

14. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.

15.Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

16. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

17. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

18. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

19. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai

20. Lebihkan isteri dari anak-anak.

21. Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Petua untuk suami dan bakal suami....

Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal suami.

Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca.

Bahagian 1

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.

10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.

16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Monday, 11 July 2011

Terima Kasih kepada semua

Terima kasih y x terhingga aku tujukan pada semua saudara mara n rakan....jasa kamu semua mmg x ternilai bg ku...kalian semua telah menjayakan satu majlis yang bermakna buatku....Sekarang baru aku tahu...setiap kesulitan yang datang tue ada hikmah disebaliknya....
Sekarang aku telah diikat sebagai tanda untuk dimiliki oleh seseorang....terharu pn ada...gembira pn ada...gembira sebab dia insan yang terpilih....dia terbaik dijadikan untuk ku....Semoga dengan kehadirannya hidupku lebih bermakna..
Harapan ku semoga dia dapat membimbingku ke jalan yang diredhai...semoga kami dapat mengecapi kebahagiaan bersama selamanya...biar la nyawa yang memisahkan kami...
Apa yang penting aku perlu kuat menghadapi setiap ujian yang datang....semoga diriku lebih tabah...