Wednesday 19 June 2013

biskut kesukaan my hubby

Dah lama x post something kat blog nie...hari nie aku nk post kat semua resepi biskut kesukaan my hubby cheese tart....mulanya aku mmg x pandai buat cheese tart nie...tp bila en suami dah suka so aku pn belajar buat...kalu nk beli selalu boleh botak kepala....ada yang jual sebiji rm1.20...size kecil ja pn...rasa mcm x berbaloi ja kalu beli selalu...so aku ambik keputusan tuk belajar buat kuih nie...mula2 tue rasa mcm susah jgak...tp bila dah dekat nk siap rupanya senang ja...x da la susah mna pn....y peliknya knapa dijual mahal...mgkin sb hrga cheese mahal kot....aku belajar buat cheese tart nie dengan merujuk resepi dr blog Dari Dapur Azita Zain....orang boleh mencuba...

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Biskut red pearl

Resepi Biskut Red Pearl

Bahan:
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes
50g coklat chips
25g almond nibs
1st esen vanila
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati
  2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu
  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper
  4. Sapukan kuning telur dan hias dengan ceri merah.
  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan 
Biskut nie aku dpat resepi dari blog biskut red pearl

keguguran kali pertama.....

Sedih...terkilan...sakit....semua aku rasai dalam sekelip mata sahaja selepas aku disahkan keguguran....hanya Allah saja yang mengetahui perasaan masa tue...terlalu berat ujian yang Kau berikan pada ku dan suami ku....tapi aku tahu....ada lgi hamba allah yang menerima ujian lebih berat dr aku....satu ja yang membuatkn aku kuat iaitu...ujian Allah beri pada umatNya setimpal dengan kemampuan umatNya....Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menempuh ujian tersebut.... Tanggal 16 April semuanya hancur berkecai....penantian selama 1 tahun 3 bulan pergi meninggalkan kami bersama doa....aku faham perasaan suami ku masa tue..dia benar2 kecewa...tp dia sembunyikan semua perasaan tersebut supaya aku tidak terlalu tertekan dan kecewa yang teramat sangat....Aku tidak tahu punca sebenar mengapa kandungan aku boleh gugur....mungkin punca utama rahimku tidak kuat....kedua mgkin badan aku terlalu letih cz bulan sebelum keguguran aku mmg sibuk dengan kelas mlm dan kerja pada hari minggu...
Semuanya bermula sehari selepas aku pulang dr terengganu lawatan tapak untuk family day jabatan aku tahun nie....Hari khamis ke terengganu...hari jumaat selepas solat jumaat aku mgalami bleeding tp xda la teruk...terus refer klinik yang dekat dengan umah aku....sabtu pg aku mengalami bleeding semula tp sikit sja...bila mlm aku rasa x sedap hati...masuk toilet tgk aku dah start bleeding smula...kuar ketulan darah beku agak besar...terdapat juga ketulan berwarna pink seperti isi daging...aku terus ke klinik al-razi..masa tue jam 22:30 mlm....dalam hati berdebar....perasaan takut menguasai diri....doktor refer aku ke hospital besar HTAA....doktor bri aku pilihan sama ada nk admit ward or nk balik umah...aku pilih balik umah...doktor pesan jika rasa badan panas dan pening2 serta kuar darah yang banyak dtg semula ke HTAA unit kecemasan....Ahad petang jam 16:15 ptg pinggang aku dah start sakit....mak ckp tue la tanda sakit org nk bersalin.....masa tue fikiran aku hanya pada janin......azan magrib di surau berkumandang aku di rumah terus keluar menuju ke HTAA...masa tue sakitnya hanya Allah sja yang tahu...rasa mcm pinggang nk putus pn ada....masa nie aku terasa besarnya pengorbanan mak mengandung dan menahan kesakitan semasa melahirkan aku..aku SAYANG MAK...besar jasa dan pengorbanan mak..di HTAA jam 21:45 mlm doktor sahkan aku keguguran....doktor telah mengeluarkan semua isi janin aku yang ada di dalam rahim....menitis air mata bila semua dah selesai dikelurkan... apa pn alhamdulillah la sb doktor x lakukan D&C....kalu x lagi teruk kena jaga....aku ditahan di hospital selama dua hari....mak dan ayah serta umi dan papa mertua ku dtg dr kampung...terharu aku....
Aku berpantang di rumah bawah jagaan suamiku selama dua minggu seterusnya aku berpantang di kampungku kebetulan mgu ttersebut mgundi PRU13...
Sekarang aku dah rasai pengalaman mengandung...walaupn x smpai 3 bulan aku mgandung tp aku dpt rasakan betapa besar sebenrnya pengorbanan seorang ibu yang mengandung selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan anak....aku dpt rasakan mcm mna sakit ketika hendak bersalin....bayangkan janinku yg hnya 5 mgu sja pn aku terasa sakit masa nk kelurkan dr rahim ini kan pulak bayi yang berada 9 bulan 10 hari di dalam kandungan nk keluar....mmg skit yang teramat la....berlipat2 kali ganda sakit drpd kesakitan kau alami semasa keguguran....
Doaku semoga aku dikurniakan semula rezeki cahaya mata....jika aku dikurniakan rezeki cahaya mata, mmg aku berjanji pada diri untuk menjaganya sebaik yang mungkin....sekarang hanya aku mampu berdoa dan bertawakal disamping berusaha untuk dikurniakan zuriat semula....
Ya Allah kurniakan kepadaku zuriat yang soleh dan solehah...zuriat yang dpat menjadi menyeri rumahtangga aku dan suami...serta zuriat yang dapat menjadi anak yang baik cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat...zuriat yang menghormati org tua dan keluarga....amin ya rab.....

Friday 15 March 2013

pengalaman pertama test pregnant

genap dah aku kawin setahun 3 bulan...harapan tuk mengandung dan melahirkan anak tue mmg lah tinggi....mana x nya dah setahun tiga bulan x da apa2 good news lg...mmg sgt mengecewakan la...tp diri tetap yakin dan percaya setiap ujian yang Allah berikan ada hikamh tersembunyi....sama ada kita perasan atau pn tidak...
Memandangakan sekarang musim tournement bola tampar unversiti aku pn cuba la try test...sja gatai2 test sb mmg x mengharap sgt keputusan dia akn +ve cz sblm nie dah berpuluh2 kali test keputusan -ve....nak di jadikan cerita, tergerak hati nk test time mandi waktu magrib tue...skali tgk keputusan dia ada dua lain...

Teruja sekejap...rasa mcm nak melompat2..syukur pada yang maha Esa..keputusan y dpt tue dirahsiakan dl dr en suami...x nak nnti kalu salah akn mengecewakan dia..esok pg nya disebabkan x percaya pd keputusan semlm aku test semula nk tgk keputusan apa y kuar...rupanya keputusan yang sama....
walaupn keputusan sama hati tetap tak yakin...pg tue call unit kesihatan kat universiti...oleh sebab staf kat unit kesihatan tue member aku jgak so mintak tolong dia org check kn....keputusan tetap dua line cumanya satu lain terang dan satu lain x terang....so dia org offer nak scan...scan punya scan tetap x nampak jgak...hati nie dah pasrah...redha ja la ngan ketentuan Illahi...
disebabkan team volleyball aku berjaya ke pusingan separuh akhir aku jd lg takut....tkut pada keputusan yang akn keluar...Dalam hati dah nekad nak cuba try alat y digital lak...g cri dekat guardient... sekali test keputusan dia 2-3..
.syukur pada Allah..test y nie mmg yakin aku pregnant sb kat kotak dia dah maklumkan yang test nie 99% adalah tepat..
..hujung bulan nie nak g check kat klinik sekali lg...nk scan tgk....gembira sesangat ngan keputusan yang keluar....syukur ke hadratmU ya Allah....
 

Amalkan Memakan Buah Kurma

Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.

Pantang Larang Orang Tua

Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua mereka. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub lak mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)