Thursday 21 April 2011

Antara mahu dan tidak... peduli atau biar...


Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata:
"Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku".
Lalu Allah Azzawajalla berfirman:
"Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah : Aku ampunkan dosanya)".

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata:
"Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa ...ampunilah dosaku".
Lalu Allah berfirman:
"Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah : Aku ampunkan dosanya)".

Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata:
"Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa...ampunilah dosaku"
Lalu Allah berfirman:
"Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau".

(riwayat al-Bukhari dan Muslim, dan lafaz adalah lafaz Muslim)
citation: Mengemudi Bahtera Perubahan Minda/pg:276  -MAZA-

Seorang hamba yg bertaubat bersungguh2, lalu dia gagal mengawal dirinya lalu tetap jatuh dalam dosa tersebut. Setiap kali dia berdoa memohon keampunan dgn ikhlas,dia tetap diampunkan (selagi bukan syirik kecuali rahmat Allah)

Hadis ini bukan menyuruh kita berulang kali melakukan dosa,lalu bertaubat tapi menyatakan luasnya pintu keampunan. Hadis ini secara tak langsung memberitahu kita, manusia memang tak boleh lari dari melakukan kesalahan. Allah telah membenarkan syaitan menganggu kita dan Dia mengetahui kelemahan kita ,dan dgn kasih sayang-Nya,dia menurunkan keampunan yg tak berbelah bagi.

Dia hanya mahu hamba-Nya kembali kepadaNya. Berulang-ulang kali Dia menyatakan "Allah Maha Pengampun" di dalam Al-Quran. Tanpa henti dan tanpa jemu...Dia mengingatkan kita...dan di saat ini sekali lagi Dia memgingatkan kita. Dia tahu kekurangan kita, Dia faham kesusahan kita...dengan rahmat Dia ingin mengampunkan kita (selagi kita meminta). Dan kita....antara mahu dan tidak...peduli atau biar...

No comments:

Post a Comment